• Home
  • About BinaWebsite
  • Servis @ BinaWebsite
    • Web Mini
    • Web Shopping Cart
    • Web Dinamik
    • Web Affiliate
    • Blog
    • Sales Page
  • FAQ
  • Hubungi Kami

FAQ

Sedikit fakta tentang apa ada di binawebsite.com, juga tentang proses membina di binawebsite.com

 

  • Website Mampu Milik

    Banyak yang takut upah bina website mahal. Sebab apa proses membina website perlu mahal kalau anda hanya menjalankan perniagaan biasa dan sederhana sahaja bukannya perniagaan besar yang perlukan website yang canggih. Disebabkan proses membuat website yang mahal inilah yang menyebabkan banyak orang membina blog percuma dan website percuma yang ternyata tidak profesional. Berdasarkan layout dan url website sahaja pelanggan akan tahu yang anda membina menggunakan platform percuma.

     

    Anda sebagai pemilik perniagaan perlu ada domain anda sendiri, bukan menumpang dengan domain platform percuma. Anda juga perlu ada hosting sendiri, cari hosting yang murah sahaja, tidak perlu yang mahal. Mempunyai domain dan hosting sendiri menunjukkan anda seorang peniaga yang serius.

  • SEO

    SEO (Search engine optimization) adalah proses untuk meningkatkan kebarangkalian terpaparnya sesuatu website ketika carian dibuat di search engine, secara percuma bukannya yang berbayar. Ini juga dipanggil carian yang natural atau organic.

     

    Secara amnya, website yang terpapar paling awal atau kerap kelihatan ketika carian di search engine, website inilah yang dilihat atau di klik oleh pelawat.

     

    Pengoptimuman enjin carian (SEO) adalah proses yang memberi kesan kepada penglihatan laman web atau laman web dalam keputusan yang tidak dibayar mesin carian - sering dirujuk sebagai "semula jadi", "organik" atau "memperoleh" hasil. Secara umum, lebih awal (atau lebih tinggi kedudukan dalam halaman keputusan carian), dan lebih kerap tapak muncul dalam senarai keputusan carian, lebih ramai pelawat akan menerima dari pengguna enjin carian tersebut. SEO boleh mensasarkan pelbagai jenis carian, termasuk carian imej, carian tempatan, video search, search akademik, [1] carian berita dan khusus industri enjin carian menegak.

  • Layout Menarik & Profesional

    Kami mempunyai banyak layout yang menarik, sesuai untuk website perniagaan atau website peribadi. Kebanyakan layout ini boleh dikategorikan sebagai layout premium.

  • Manual

    Kebanyakan website yang kami bina adalah dari jenis CMS (Content Management System). Ini untuk memudahkan tuan punya website edit maklumat dan gambar dalam website tanpa pertolongan pereka web atau webmaster. Ruang admin website CMS ini mudah untuk diuruskan, tambahan pula kalau anda biasa dengan platform blog.

     

    Setiap layout dalam koleksi kami berbeza dari segi strukturnya, jadi cara untuk uruskan website di ruang admin juga pasti berbeza. Sebab itulah bagi setiap website yang sudah siap dibina, manual pengurusannya juga akan dibuat khas untuk website tersebut.

  • Mudah

    Proses membina website dari mula hingga akhir amatlah mudah. Anda cuma perlu bagitahu apa jenis perniagaan atau tujuan untuk memiliki website kepada kami. Kami akan cari layout yang sesuai dan bina untuk anda. Dalam masa 1 minggu website akan siap dan disusuli dengan manual pengurusan beberapa hari selepas itu.

  • Jangka Masa Siap

    Jangka masa yang dianggarkan untuk siap sesuatu projek adalah 1 minggu atau kurang. Banyak perkara yang akan membuatkan masa untuk siap akan menjadi panjang.

     

    Antaranya maklumat yang nak dimasukkan ke dalam website saya tidak terima atau tidak terima sepenuhnya. Hanya pelanggan atau tuan punya website sahaja yang tahu isi kandungan yang hendak dimuatkan kedalam website. Maklumat yang perlu seperti maklumat produk atau servis serta gambar mesti dihantar kepada saya agar saya dapat mencati layout yang sesuai seterusnya menyiapkan website.

     

    Maklumat seperti password untuk login ke hosting akan dihantar ke email pelanggan, jadi maklumat ini mestilah dihantar kepada saya untuk saya login ke hosting dan membina website di situ. Tanpa maklumat ini saya tidak boleh mula proses membina website. Bagi yang sudah mempunyai hosting dan domain, boleh hantar semua maklumat yang diperlukan ke email saya.

  • Kesesuaian Hosting

    Setiap hosting dari syarikat hosting yang berbeza akan berbeza spec nya. Layout yang saya guna ada yang sesuai dengan spec hosting yang kita beli, ada juga yang tidak sesuai. Selalunya saya akan edit sedikit layout untuk disesuaikan dengan hosting jika tidak serasi, .

Read more
Copyright © BinaWebsite.Com 2018 All rights reserved. Custom Design by Binawebsite.com
YJSimpleGrid Joomla! Templates Framework official website
Home