Apabila rumah anda adalah ofis anda, suasana rumah mestilah dalam keadaan teratur dan selesa. Suasana yang aman damai, jauh dari kebisingan kota dan kawan-kawan pejabat akan membuatkan anda selesa untuk membuat kerja. Satu masalah yang paling besar jika berbisnes di rumah adalah disiplin.Tanpa disiplin, banyak masa anda akan terbuang pada perkara yang tidak berfaedah atau tidak penting. Walaupun anda membuat kerja di rumah, tetapkan masa kerja anda, seperti anda bekerja di pejabat biasa. Yang penting adalah anda bebas membuat apa sahaja dan masa kerja anda flexible.